Friday, July 11, 2014

Mengapa Kongress Pedagogi Pendidikan Al Quran Untuk Kanak-Kanak?

Akademi Al Quran ABS akan menganjurkan Kongress Pedagogi Pendidikan Al Quran Untuk Kanak-kanak dalam usaha untuk membantu kanak-kanak sejak dari kecil lagi untuk MEMAHAMI sebahagian isi kandungan Quran.

Perjuangan kami di Akademi Al Quran ABS bukan sahaja untuk memperkenalkan huruf-huruf Arab tanpa memahami apa isi kandungan penting di dalam Al Quran.
Kami membawa DUA modul utama iaitu Modul Faham Bahasa Al Quran dan Modul Khabar Gembira.
Modul Faham Bahasa Al Quran dengan motto "Lebih Dari Yang Biasa" iaitu memberi pendekatan pemahaman Al Quran dengan lebih mendalam.
Modul khabar gembira pula adalah modul yang menerangkan bahagian cerita-cerita dalam Quran. Kanak-kanak akan memahami nilai-nilai aqidah dan akhlak dalam cerita-cerita itu.

Di manakah Gerakan Tajdid Akademi Al Quran ABS?
Pertama, Kaedah Tradisional kanak-kanak hanya tahu membaca huruf. Di Akademi Al Quran ABS kanak-kanak akan mengetahui sebahagian kandungan Quran.

Kedua, Nilai tonggak dalam cerita-cerita Al Quran.

Apakah nilai di dalam Al Quran?
Pertama, nilai aqidah  dan kedua adalah nilai akhlak. Selaras dengan Tujuan Nabi diturunkan adalah bagi memperelok akhlak manusia.
Nabi Muhammad berkata:
”Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang sholeh”. 
(HR: Bukhari dalam shahih Bukhari kitab adab, Baihaqi dalam kitab syu’bil Iman dan Hakim).
Nilai aqidah wajib disematkan sejak kanak-kanak. Mereka lebh mudah menerima. Semasa Nabi 40 tahun, semua anak-anaknya masih kecil. Mereka masuk Islam semasa kecil. Nabi sudah sematkan aqidah kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu kita wajib mengikut pendidikan Akidah seperti apa yang Nabi Muhammad lakukan kepada Saidina Ali dan kanak-kanak lain.

Apakah dengan memaksa kanak-kanak menghafaz doa-doa itu dan ini termasuk dalam pengajaran akidah dan akhlak. Mengajar akidah dan akhlak memerlukan teknik dan tunjuk cara bukan sekadar hafalan dan teori.
Oleh itu, sudah tiba di dalam membawa perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran akidah dan akhlak maka kita menyokong usaha-usaha melahirkan generasi yang soleh dan musleh.
Bersama kita menyertai Kongress Pedagogi Pendidikan Al Quran Untuk Kanak-kanak.
Selamat Berkongress.


No comments:

Post a Comment