Saturday, June 7, 2014

Inovasi Dalam Pengajaran Pendidikan Islam

Kita tidak sekali-kali menafikan ketokohan Rasulullah saw sebagai pendidik agung yang telah berjaya membentuk jiwa-jiwa yang beriman, meskipun tidak semua yang mendengar seruan turut menyertai risalah yang disampaikan. Begitu banyak teknik dan kaedah yang telah digunakan oleh baginda Rasulullah saw yang diaplikasikan berdasarkan kepada situasi dan mad’u yang menerima pengajaran. Kesemuanya dilaksanakan sesuai dengan keadaan teknologi yang ada pada waktu itu.


Pada hari ini kita saksikan perkembangan teknologi yang telah melenyapkan sempadan ilmu mengikut daerah, negeri mahu pun negara. Peralatan pendidikan seperti web 2.0 serta gadget komunikasi yang canggih , telah mengisi ruang-ruang kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang ada atas nama inovasi dan kreativiti. Perolehan serta pembinaan ilmu kian menjadi meluas dan pada kadar perkembangan yang pantas.

Apa yang agak menyedihkan ialah apabila segala kemajuan ini tidak dapat digunakan serta diintegrasikan dengan kaedah serta teknik pada zaman keagungan Islam. Teknologi, meskipun telah diterima, tetapi dalam amalan pengajaran guru-guru Pendidikan Islam masih lagi bercorak tradisional. Penerangan sehala dan latih tubi tetap menjadi pilihan kebanyakan para guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan yang sempat saya tinjau. Contoh teladan (akhlak, adab mahupun semangat belajar) agak kurang diberikan perhatian apabila guru-guru sendiri tidak serius untuk menjadi co-learner di dalam kelas dan tidak menunjukkan kecenderungan untuk meningkatkan profesionalisme. Amalan refleksi (muhasabah) lebih bersifat menuding jari (projeksi) kepada kesalahan serta kesilapan murid apabila mereka tidak menguasai (mastering) pelajaran. Bukan seluruhnya bertujuan untuk mengoreksi serta menambahbaik (correct and improve) corak pengajaran dan pembelajaran guru sendiri. Tidak dinafikan adanya segelintir yang berkembang selaras dengan tuntutan era baru pendidikan tapi…. hanya segelintir. Ramai yang menjadi ahli kepada laman sosial tetapi jarang sekali digunakan untuk membincangkan isu professional keguruan walaupun anggota laman tersebut terdiri daripada guru dan pendidik Pendidikan Islam pelbagai peringkat. Terdapat sesetengah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran tetapi forbidden from access yang masih menggambarkan betapa kedekutnya dengan ilmu padahal ilmu yang ada perlu dimanfaatkan melalui sebaran dan boleh dijadikan sebagai sedekah.

Sumber: http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment