Kenapa Al-Quran Diturunkan Di Mekah?
Pernahkah anda terfikir mengapakah Allah takdirkan Al-Quran diturunkan di Mekah? Dulu masa saya kecil, apa yang saya masih ingat tentang kenyataan bahawa Al-Quran diturunkan di Mekah adalah kerana bangsa arab jahiliah mempunyai akhlak yang keji dan hina. Kerana itulah Allah turunkan Al-Quran di Mekah sebagai penawar untuk memulihkan akhlak buruk masyarakat tersebut yang telah sebati dengan dosa. Saya percaya anda juga pernah mendengar kenyataan yang sama atau hampir sama.
Saya kongsikan kepada anda tentang sedikit apa yang telah saya research dan membuat penelitian terhadap matlamat dan perancangan Allah terhadap perkara ini. Al-Quran adalah mukjizat Rasulullah s.a.w. Dan sebagai mukjizat tidak mungkin Allah SWT merencanakan sesuatu peristiwa tanpa wujud nilai strategik dalam membantu pengembangan wahyu ke seluruh dunia sehingga kini. Jika hanya berasaskan faktor pemulihan akhlak masyarakat arab tersebut bermakna Allah tidak merancang sesuatu dalam proses pengembangan wahyu ini. Dan itu adalah mustahil.
Apa yang saya maksudkan ialah, penurunan Al-Quran di Mekah mempunyai momentum strategik yang dapat membawanya berkembang dengan dengan berkesan ke seantero dunia.
Nilai Strategik 1: Mekah adalah sebuah kota. Dan kota mempunyai populasi penduduk yang tinggi berbanding di kampung. Populasi yang terdapat di Kota Mekah adalah kumpulan sasaran yang bakal disampaikan dakwah oleh Rasulullah s.a.w. Al-Quran yang menjadi modul kehidupan manusia pastinya akan disampaikan kepada manusia. Dan lebih penting penduduk di bandar menjadi satu perbandingan dengan penduduk di kampung yang mana mereka lebih terbuka dalam menerima perkara baru dan maklumat yang belum pernah mereka terima. Ketamadunan hidup dan sumber informasi lebih mudah disalur bagi masyarakat Mekah kerana Kota Mekah adalah sebahagian pusat perdagangan pada ketika itu.
Pengenalan Dan Penjelajahan Al-Quran
Satu bab penting dalam mengajar dan mempelajari kitab suci ini ialah dengan mengenalifakta-fakta mudah dan ringkas. Proses ini adalah asas sebelum anda mula membaca ayat-ayat Al-Quran. Seringkali kita berbangga dapat menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Qurandalam tempoh tertentu, tetapi bila ditanya tentang fakta-fakta mudah tentang surah-surah Al-Quran pun kita tidak dapat menjawabnya.
Contoh paling mudah, apabila anda diminta untuk menceritakan tentang surah Al-Ikhlas, apakah yang anda boleh kongsikan? Sekiranya anda tidak dapat menjawab sekurang-kurangnya 5 fakta pengenalan surah tersebut bermakna kita telah terlepas pandang satu bab penting dalam mempelajari Al-Quran.
Untuk mendapatkan maklumat-maklumat dan fakta-fakta penting ini, anda perlu mulakannya dengan proses penjelajahan (eksplorasi) surah-surah yang mudah terlebih dahulu. Mulakan surah-surah yang selalu anda baca seperti Al-Fatihah, An-Nas, Al-Ikhlas, Yaasin, Al-Baqarah dan surah-surah yang lain. Dapatkan seberapa banyak fakta mudah ini.
Percayalah anda akan merasai lebih menghargai Al-Quran apabila fakta-fakta mudah ini sentiasa berada di minda anda.
Indahnya Bahasa Al-Quran
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang keindahan Bahasa Al-Quran. Satu keajaiban yang tidak dapat dinafikan, Al-Quran mempunyai struktur ayat yang sangat mengagumkan. Setiap susunan ayat-ayatnya mempunyai kombinasi yang boleh memukau dan menawan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Kerana itulah Al-Quran dinamakan sebagai mukjizat maknawi kerana ianya memerlukan pendekatan dan metod untuk memahami dan merasai betapa indahnya bahasa tersebut.
Hati manusia yang keras pun mampu dilembutkan hanya dengan mendengar alunan bacaan ayat-ayat Allah. Apa yang saya ingin sampaikan, walaupun anda belum memahami isi kandungan Al-Quran.
secara terperinci namun ianya telah memberikan anda first impression dengan hanya mendengar alunan dan bacaan ayat-ayat tersebut.
Jadi tidak hairanlah ramai di kalangan sahabat yang masuk Islam hanya setelah mendengar struktur ayat yang indah dari Al-Quran. Umar Al-Khattab terpukau setelah mendengar adiknya Fatimah membacakan surah Toha ayat 14:
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingatku.”
Hanya kerana terpukau dengan ayat tersebut maka Umar mengucapkan, “Betapa indah dan mulianya ucapan ini. Tunjukkan padaku di mana Muhammad”.